FORMAT LAPTOP AREA DESA PETALING BOLEH JMPE SYE, DENGAN HARGA RM 20 RINGGIT SHJ no- 01123441359/whatsapp Gadget Muhammad --- Harga luar biasa ..

Friday, 7 April 2017

PERKAKASAN DAN PERISIAN KESELAMATAN

PERKAKASAN DAN PERISIAN KESELAMATAN

            untuk memastikan keselamatan sesebuah system rangkaian, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah tersebut samada dengan menggunakan perkakasan ataupun perisian. Antara perkakasan yang boleh digunakan adalah seperti firewall, router, proxy server, RAID dan lain-lain. Manakala perisian-perisian yang selalu digunakan untuk memastikan keselamatan sistem rangkaian terjamin adalah seperti Antivirus, spyware, Honeypot, honeynet, VLAN dan lain-lain.



1.0.   Firewall

              Tembok api atau pengalis ( lebih dikenali dengan istilah inggerisnya , firewall) ialah sebuah peranti atau sekumpulan peranti yang ditetapkan untuk membenarkan, menghalang, menyulitkan, menyahsulitkan, atau memproksikan segala trafik komputer di antara domain-domain keselamatan yang berbeza berdasarkan beberapa peraturan serta kreteria.


1.1     Pengala( ROUNTER)

                Penghala( bahasa inggeris - rounter merupakan sejenis peralatan komputer yang berfungsi untuk menghalakan paket-paket data dalam jaringan. Penghala biasanya menjalankan sistem pengendalian tersendiri. Penghala yang lebih mahal memiliki banyal pempropes dan ASIC dan berupaya untuk menjalankan pemprosesan selari. Walau bagaimanapun, dengan perisian yang sesuai ( seperti SmoothWall, XORP atau Quagga). Pc biasa juga boleh bertindak sebagai penghala dalam penggunaannya sebagai sebuah peranti keselamatan rangkain, ianya boleh di konfigurasi melalui Access Control List di mana ia akan menapis atau menghalang data yang masuk atau keluar dari sebuah rangkaian yang tidak diingini.

1.2      Proxy Server

                 Dalam rangkaian komputer, proxy server adalah sebuah server yang bertindak sebagai perantaraan kepada permintaan daripada pelanggan yang mencari maklumat daripada server yang lain. Proxy server ini akan menilai atau mentafsir  permintaan tersebut sesuai dengan peraturan penapisan yang telah ditetapkan pada server tersebut. Sebagai contoh ia akan menapis perjalanan data samada melalui alamat IP atau Protocol. Sekiranya ia berpadanan dengan proses penapisan tersebut maka pelanggan akan disambungkan dengan server tersebut.

1.3      RAID

                  RAID ( redunant array of independent disks) atau asalnya - redundant array ofinexpensive disks.) atau dalam bahsas melayu susunan lewah cakera bebas, merupakan satu cara menyimpan data yang sama, pada tempat simpanan cakera keras berasingan atau berlainan. RAID merupakan satu cara mudah dan murah untuk mencapai kebolehpercayaan data. Susunan cakera keras yang lebih dari dua, digabungkan dan membentuk kepada satu unut logikal. Dengan gabungan susunan cakera keras ini, data akan disalin secara sendirinya. Dengan ini juga kelajuan capaian data dilajukan lagi dan tahap capaian data ditingkatkan, ia disebabkan kemampuan RAID yang dapat mengesan dan kemungkinan membetulkan ralat.

1.4      Antivirus

                   Antivirus adalajh sebuah aplikasi yang digunakan untuk mengesan menghapuskan virus komputer dari sistem komputer. Aplikasi ini dapat menentukan samada sebuah sistem komputer telah dijangkiti dengan virus atau tidak. Sebahagian besar antivirus bekerja dengan beberapa aplikasi lain seperti pengesanan dengan menggunakan data virus signature ( virus signaturedatabase) dan pengesanan dengan melihat cara bagaimana virus bekerja.

1.5      Spyware

                   Perisian perisik, perisian intip atau  perisik sahaja ( bahasa inggeri spyware) merupakan perisian komputer yang dipasang secara rahsia dalam komputer peribadi bagi memintas atau mengambil kawalan separa ke atas interaksi pengguna. Program perisik mampu mengumpul pelbagai jenis maklumat peribadi jenis maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti seperti memasang atau memuat turun perisian tambahan, mengubah hala aktiviti pelayar web, mencapai laman web yang terselindung di mana mengandungi virus berbahaya yang banyak atau mengubah hasil pengiklanan kepada pihak ketiga.

Total Pageviews