💖💖
Hari ini saya mempunyai masa untuk membuat blog ini sekali lagi , dan hari ini saya ingin berkongsi berkenaan
CARA-CARA ANDA MENCIPTAKAN HUBUNGAN YANG INDAH ANTARA PASANGAN.
setiap insan ingin seseorang istimewa dalam hidupnya ,
aku juga ingin ditemani ,
aku juga ingin disayayangi ,
aku juga ingin dibelai kasih sayang,
ini semua lumrah seorang bernama manusia.
kita inginkan kebahgian dalam hidup ,
aku juga inginkan ,
kita semua inginkan ,
marilah kita memberikan terbaik apa kita inginkan.
1) SENTIASA BERFIKIRAN POSITF
apabila kita sentiasa berfikiran positif , kita akan sentiasa dapat kekalkan hubungan kita ,biasa kadang-kadang kita cemburu melihat sidia dengan orang lain, jangan la terburu-buru membuat keputusan , bertanya kepadanya baik-baik untuk mendapatkan penerangan lebih jelas.
2) SENTIASA BERDOA
kita kalau ingin sesuatu mesti berdoa kepada ALLAH ,maka jika inginkan dia menjadi terbaik untuk kita BERDOA lah , tidak rugi anda memohon kepada ALLAH ,sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik ,janganlah memutuskan DOA kita kepada ALLAH , inshaAllah setiap doa kita ALLAH mendengarnya.
3) MENJADI PEMAAF
Ini adalah punca utama , adalah sentiasa ego. saya bagi kan satu situasi :-
awak : awak tadi saya tengok telefon , kenapa awk delete semua gambar kita ?? awak jangan mcm2.
Aku : ehh , gambar tu saya terdelete sebab telefon tu format ,saya lupa nak backup balik ,sorry yea.
awak : itu bukan masalah saya , sye tahu awk dapatkan balik gambar tu ,banyak kenangan kita bersama.
Itu adalah satu contoh.
nak diceritakan , setiap kesalahan antara lelaki atau perempuan dalam sesuatu hubungan hendaklah anda, semua memaafkan diri sendiri ,dan maafkan untuk orang lain, walaupun anda betul. Biarkan ..jadilah orang yang professional. Dan paling penting JANGAN DIBESARKAN CERITA padahal ia senang diselesaikan.
4) REDHA DENGAN KETENTUAN
memanglah kita sayang ,dalam bercinta saling berjanji sumpah setia. tetapi anda perlu letakkan satu janji dalam diri anda ,dan untuk pasangan.katalah pada dia ,"AWAK JIKA TAKDIR TIDAK BERPIHAK ,JANGANLAH KITA BERMUSUHAN " kerana kadang-kadang bila dah putus hubungan, sampai setahun tidak tegur ,ada bahkan sampai bila-bila. JANGANLAH macam tu ,jadikanlah dia sebagai kawan ,walaupun tidak ada apa-apa.