FORMAT LAPTOP AREA DESA PETALING BOLEH JMPE SYE, DENGAN HARGA RM 20 RINGGIT SHJ no- 01123441359/whatsapp Gadget Muhammad --- Harga luar biasa ..

Thursday, 9 March 2017

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


HARI INI KITA KONGSI TAJUK , 


1)  PERISIAN SERVER.


1.1)  Anti-Virus Server
   virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam didalam salah sebuah perisian atau program.Kebiasaanya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector .Apabila kita menjalankan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor , memusnahkan fail maklumat atau memadamkan keseluhuran cakera keras "hard disk ".



virus komputer dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu :-

E      Boot sector viruses
F      Parasitic viruses
G     Micro viruses 




1.2) Virus Sektor But- Boot Sector Viruses

    Sektor but adalah bahagian cakera keras yang memulakan proses penjanaan maklumat sebaik sahaja kuasa dibekalkan pada komputer.Ia akan menggantikan sektor boot cakera yang asli dengan virusnya.Ia kemudian akan memuatkan diri pada ingatan dan merebak ke cakera keras yang lain atau cakera liut.


1.3) Virus Fail Berjangkit -Parastitic

    Virus fail akan berjangkit pad lain-lain fail pelaksana( executable files). Lazimnya yang mempunyai sambungan EXE atau COM. Ia akan berada dalam keadaan aktif setiap kali aturcara dilaksanakan.


1.4) Virus Makro -Macro Viruses

   Virus Makro adalah paling penting kerap ditemui disebabkan proses yang mudah untuk menciptanya. Ia dituliskan pada hamparan dalam bentuk bahasa makro atau perisian pemprosesan kata. Virus ini kerap muncul dalam fail-fail perisian kongsi seperti dokumen atau hamparan Microsoft Word dan Microsoft Excel . Virus ini mampu membuat gangguan  yang hebat seperti meletakkan perkataan-perkataan ganjil dalam sesuatu dokumen atau meroskkan fail secara rambang.


1.5) Pemacu Peranti 

   Pemacu peranti atau pemacu perisian (device driver ) ialah satu program (sejenis perisian ) dimana ia mempunyai kuasa untuk mengawal komponen atau perkakasan yang dihubungkan pada komputer anda.Driver ini digunakan oleh sistem operasi untuk membolehkannya berkomunikasi dengan peranti-peranti (pencetak,pengimbas,kad bunyi) dimana driver itu dibuat khusus untuk peranti-peranti tersebut.Peranti yang disambungkan kepada sever selalunya telah dibuat khas , oleh sebab itu Windows tidak dapat berhubung terus dengan peranti tersebut tanpa suatu program yang dapat memberitahu bagaimana peranti itu hendak berfungsi. Peranti input/output seperti tetikus , monitor , papan kekunci , semuanya mempunyai "device driver " yang berasingan .

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews